NAMA-NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH MELAYU TASEK JUNJUNG
SEKOLAH UMUM TASEK JUNJUNG
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK JUNJUNG
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK
FEBRUARI 1890 : Penubuhan dan pembukaan awal bertempat di bawah rumah Penghulu Mukim Tasek, Md. Akib di Tasek Chempedak.
JULAI 1893 : Bangunan sekolah baru seluas 32kaki X 22 kaki berbumbung rumbia, bertiang bulat dan berdinding pelupuh didirikan.
OGOS 1900 : Bangunan sekolah baru seluas 40kaki X 20kaki berbumbung atap rumbia, bertiang bulat dan berdinding pelupuh bersulam didirikan di atas Bukit Tok Kandang. Murid berpindah ke sekolah ini dari Kampung Tasek Chempedak.
JANUARI 1912 : Bangunan sekolah baru separuh kekal daripada kayu dan konkrit (PWD93) dan rumah
guru (PWD94) didirikan di atas Bukit Tok Kandang.
MAC 1937 : Sebuah bangunan sekolah baru separuh kekal daripada konkrit kayu (PWD S44) serta
sebuah rumah guru (PWD S45) didirikan.
JANUARI 1942 : Zaman pemerintahan Jepun. Pengajaran diajar dalam Bahasa Jepun. Guru-guru
dihantar bagi Kursus Bahasa Jepun.
SEPTEMBER 1946: Matapelajaran diajar dalam Bahasa Melayu setelah British mula memerintah.
JANUARI 1946 : Murid terpilih menyambung pelajaran mereka di sekolah Aliran Bahasa Inggeris.
JANUARI 1947 : Beberapa orang murid terpilih menjadi Guru Pelatih untuk menjadi guru.
FEBRUARI 1957 : Dua orang murid dapat meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah di
STAR, Ipoh.
JANUARI 1958 : Sistem Pentadbiran Jemaah Pengurus mula diperkenalkan. Pengerusinya
ialah Encik Mohd. Noor b. Mahmud.
JANUARI 1961 : Sekolah dibekalkan dengan tenaga pengajar lulusan SITC, MWTC dan TEVS.
Mata pelajaran B. Inggeris mula diajar secara formal.
APRIL 1968 : Sekolah mendapat perkhidmatan seorang kerani bernama Cik Zaiton Ismail
dan sekarang telah bersara.
SEPTEMBER 1970 : Sebuah bangunan sekolah baru (JKR 970) sebagai tambahan yang sedia ada
dan sebuah kantin sekolah (JKR 971) juga didirikan.
OKTOBER 1971 : Bangunan JKR 970 & 971 telah dirasmikan oleh Y.B.Dato’ Hussain Onn,
Menteri Pendidikan pada masa tersebut.
1975 : Bangunan tambahan dua tingkat, empat bilik darjah dibina (JKR 1307).
1988 : Sebuah bangunan tambahan tiga tingkat telah dibina (JKR 1847).
3 & 4 MAC 1990 : Sekolah ini merayakan Perayaan 100 Tahun dan dirasmikan oleh Y.B. Dato’
Seri Anwar b. Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia yang diwakili oleh
Y.B.Dato’ Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan & Perindustrian Malaysia.
1994 : Sekolah mendapat sebuah padang permainan seluas 4.2 ekar daripada
kerajaan.
JANUARI 2001 : Bangunan tambahan dua tingkat JKR 2738 oleh digunakan. Bangunan ini
dilengkapi dengan empat bilik darjah dan sebuah bilik dan sebuah bilik guru
dan bilik air.
APRIL 2001 : Permulaan letak kerja bangunan tambahan dua blok empat tingkat. Blok
Pentadbiran (JKR 2432) dilengkapi dengan Pejabat, Bilik Mesyuarat, Makmal
Komputer, Bilik Muzik dan Bilik darjah.
Blok Akademik dilengkapi dengan 10 bilik darjah, Bilik Guru, Bilik Sains dan
Bilik Pendidikan Seni Visual.
Pembinaan Kantin Baru (JKR 2434) dengan tempat kelengkapan makanan dan tempat makan yang luas.
JANUARI 2002 : Prasekolah dimulakan di bangunan Blok B yang diubah suai dengan
kelengkapan prasarana dan tempat permainan berbumbung.
24 APRIL 2002 : Kedua-dua blok bangunan empat tingkat diserahkan kepada sekolah oleh pihak JKR.
5 JUN 2002 : SK Seri Tasek memulakan persekolahan 1 sesi dengan bilangan kelas
sebanyak 32 kelas
: Dengan pembukaan dua buah sekolah rendah berdekatan, iaitu SK Tasek
Permai dan SK Bandar Tasek Mutiara, sebahagian murid diagihkan ke sekolah
berkenaan dan sekarang hanya ada 24 buah kelas.